Wednesday, August 5, 2009

MESYUARAT AGONG TAHUNAN GB4B(M) CAWANGAN LAMBOR KANAN

Perutusan Pengerusi GB4B(M)Cawangan Lambor Kanan
Sdra.Basri Bin Zamri

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,
Sidang Hadirin yang saya hormati dan kasihi,

Marilah kita bersama-sama mengucapkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinNya kita dapat berkumpul disini pada hari ini dengan satu tujuan bersama iaitu untuk menjalankan Mesyuarat Agung Tahunan Gerakan Belia 4B (M) Cawangan Lambor Kanan.

Saya sungguh rasa berbesar hati dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada kepada semua ahli jawatan kuasa 4B Cawangan Lambor Kanan kerana komitmen dan kerjasama yang diberikan kepada saya , selaku Pengerusi Gerakan Belia 4B (M) Cawangan Lambor Kanan

Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengerusi Majlis Belia Daerah Perak Tengah dan Pegawai Belia dan Sukan Daerah Perak Tengah diatas kerjasama dan komitmennya terhadap Gerakan Belia 4B (M) Cawangan Lambor Kanan.Harapan saya semoga kerjasama erat ini dapat diteruskan dimasa akan datang demi pembangunan belia di daerah ini.

Pertubuhan Belia di Negara ini akan menempuh perubahan apabila Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 serta Peraturan-peraturan Belia (Pendaftaran) 2007 dilaksanakan. Akta ini antara lain akan menghadkan umur ahli dan pemimpin persatuan belia kepada tidak melebihi 40 tahun.

Gerakan Belia 4B(M) Cawangan Lambor Kanan telah cukup bersedia untuk menerima perubahan ini .Kita telah menyiapkan barisan kepimpinan pelapis yang mempunyai jatidiri unggul dan akan menerima tanggungjawab untuk meneruskan perjuangan dan memperkasakan belia ke arah cemerlang, gemilang dan terbilang. Insyaallah .

GB4B (M) Cawangan Lambor Kanan kini , akan melaksanakan program- program pintar bagi memenuhi keperluan dan kehendak semasa para belia. Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia ( LPKM ) yang telah meluluskan Geran Promosi Kesihatan Malaysia melalui “Program Melestarikan Kesihatan Tahun 2009 : Kearah Melahirkan Belia yang Ceria,Dinamik dan Sihat Sepanjang Hayat” bernilai RM 40,000.00 kepada persatuan ini. Segala perancangan program telah disusun rapi mengikut agenda yang dirangka. Maka saya menyeru kepada semua ahli belia 4B khususnya belia 4B Cawangan Lambor Kanan haruslah mengambil peluang dan tempat didalam setiap program yang akan dilaksanakan kelak.

Tidak dilupakan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada semua jawatan kuasa GB4B (M) Cawangan Lambor Kanan yang lama terutamanya Tuan Haji Ayob bin Haji Kamrudin, En. Mohamad Sharudin bin Idris, Puan Maznah bin Zainuddin yang telah sudi mengembling tenaga , wang ringgit, idea bagi memajukan dan memantapkan persatuan ini. Jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan , tidak akan kami lupakan.

Akhir kata, saya mengambil kesempatan disini untuk memohon maaf sekiranya semasa menunaikan amanah dan tanggungjawab jawatan, saya banyak melakukan salah silap yang tidak disedari dan disengajakan

“ BERGERAK”

Sekian dan Selamat Bersidang.

No comments:

Post a Comment